Tarikh: Khamis, 24 September 2015
Aturcara Program
08:30AM - Solat Sunat Aidil Adha
09:00AM - Sarapan pagi
09:20AM - Gotong-royong sembelihan & memasak
12:30PM - Agihan daging qurban
01:09PM - Solat zohor
01:30PM - Makan tengahari & gotong-royong membersihkan kawasan sembelihan & surau
* Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa
* Kehadiran YGBHG Dato'/Datin/Tuan & Puan amat dialu-alukan.
Wednesday, September 23, 2015
Friday, July 24, 2015
Ganjaran Puasa Setahun
Maksudnya : Diriwayatkan daripada
Abu Ayyub al-Ansari r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : " Sesiapa
yang telah menyempurnakan puasa Ramadan, kemudian mengikutinya dengan puasa
sunat enam hari pada bulan Syawal, nescaya ia mendapat ganjaran puasa sepanjang
tahun. "
(Hadith Riwayat Muslim)
Keterangan :
1. Kurang lebih seminggu sudah Ramadan meninggalkan kita. Maka
adakah amal soleh yang kita bawa daripada Madrasah Ramadan itu dapat diteruskan
dan berkekalan sepanjang hidup?
2. Justeru
sebagai peringatan bersama, mari kita muhasabah perkara-perkara berikut :
i)
Peliharalah Solat Fardu lima waktu secara berjamaah di masjid atau surau.
ii)
Peliharalah Solat Sunat Rawatib.
iii)
Peliharalah Solat Sunat Witir.
iv)
Peliharalah Zikir Pagi dan Petang.
v)
Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendirikan qiyamullail.
vi)
Perbanyakkan sedekah dan perasaan belas ihsan kepada yang memerlukan.
vii) Jangan
lupa untuk melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal kerana ganjarannya amat besar.
3. Semoga
Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk istiqamah di atas jalan ketaatan
kepada-Nya di sepanjang hayat.
Wallahu
Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).
Semoga hari ini lebih indah.
Subscribe to:
Posts (Atom)