Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Tuesday, September 6, 2011

Majlis Jamuan Hariraya Impian Makmur


Untuk makluman tuan/puan, persatuan akan menganjurkan satu majlis jamuan hariraya yang akan diadakan sepertimana di bawah:-

Tarikh      :       17 September 2011 (Sabtu)
Masa       :        8.00 malam
Tempat   :        Jalan Impian Makmur/ Hujung Jalan IM 4/3

Tuan/puan sekeluarga dengan ini dijemput sama hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Di samping itu, sekiranya tuan/puan bercadang untuk membuat apa-apa sumbangan (seperti makanan/minuman/buah-buahan), sila majukan keratan borang yang disertakan di bawah, atau sila hubungi AJK Penganjuran Majlis seperti berikut;-

i)   Pengarah Projek         : En. Mat Arub bin Hassan               (012-3117368)                                                                           
ii)  Timb. Pengarah Projek : En. Marzuki bin Deraman               (013-3602430)
iii)  Ketua AJK Makanan    :  En. Mohd Shafik bin Mohd Taha   (013-6453396)
iv)  Ketua AJK Majlis          :  En. Mohamad Sawal bin Muda     (012-2846672)                                                                  

Jemputan Kenduri Doa Selamat & Rumah Terbuka Pd 18.9.2011

Tuan-tuan dengan ini dijemput hadir ke rumah untuk majlis kenduri doa selamat dan yassin, yang akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh      :       18 September 2011 (Ahad)
Masa       :        11.00 pagi
Tempat    :        No. 9, Jln Impian Makmur 4/1

Ahli keluarga turut sama dijemput untuk jamuan rumah terbuka pada jam 12 tgh-5 ptg.

Sekian.

Zamri, Setiausaha PPIM
013-3069120

Ucapan Pengerusi

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hariraya dan maaf zahir batin kepada semua penduduk di Impian Makmur. Semoga tuan-tuan/puan-puan dan keluarga telah selamat pulang ke rumah masing-masing setelah  berhariraya di kampung. Untuk makluman semua, beberapa langkah telah diambil sempena cuti hariraya yang lalu. Di antaranya adalah pengedaran borang kepada penduduk, pemantauan oleh penduduk yang ada dan tambahan jumlah pengawal keselamatan pada malam hari. Alhamdulillah, setakat ini tiada laporan diterima dari pihak syarikat kawalan keselamatan dan penduduk berhubung dengan kejadian kecurian, pecah rumah dan sebagainya.  Diharapkan semuanya berkeadaan baik. Sekian.

Dato’ Mohd  Ali bin Hj. Ayat, Pengerusi PPIM

Friday, September 2, 2011

Takbir Raya


Perbanyakkan bertakbir di hari raya :)

Selamat Hari Raya Eidul Fitri


Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mengucapkan berikut di Eidul Fitri.
"Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidin wal faizin"

Surau Ar-Raudhah, Impian Makmur
Saujana Impian, Kajang

Sunday, August 21, 2011

Amalan Rasulullah pada Sepuluh Malam Akhir Ramadhan


عَنْ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ كَانَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
Maksudnya: 
Aisyah berkata: Sesungguhnya Nabi SAW apabila masuknya sepuluh malam akhir Ramadhan, mengikat kainnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan keluarganya.
(Hadith riwayat al-Bukhari – no.2024, Muslim – no.2844)
Huraian:
Hadith ini menunjukkan betapa Rasulullah SAW memberikan penekanan dan tumpuan yang lebih pada malam-malam akhir Ramadhan khusus untuk ibadah. Ini selaras dengan beberapa hadith lain yang memberitahu tentang kelebihan malam-malam akhir Ramadhan termasuklah kelebihan malam Lailatul Qadr.

Friday, August 19, 2011

Doa' Pada Malam Lailatul Qadar

Diriwayatkan ‘Aishah (r.a.) bertanya pada Rasulullah: “Ya Rasulullah apabila aku mengetahui kedatangan malam Lailatul Qadr apa yang aku baca?”

Narrated from ‘Aishah (r.a.) that she said: “O Messenger of Allah’s, what do you think I should say in my supplication, if I come upon Laylatul-Qadr?”

Maka baginda menjawab: Bacalah:

He said: Say:


اللهم انك عفو تحب العفو فاعف عنى

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul-’afwa, fa’fu ‘anni”

(O Allah, You are Forgiving and love forgiveness, so forgive me)
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun, Dikau sukakan pengampunan, maka ampunilah daku)

Sahih Muslim, At-Tirmidzi 3513, Ibnu Majah 3850