Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Monday, February 13, 2012

Program Ceramah & Solat Berjemaah Sempena Maulidur Rasul

Assalamualaikum,

PPIM & Surau Ar-Raudhah akan menganjurkan satu program ceramah & solat berjemaah bersama semua penduduk, bersempena dengan sambutan maulidur rasul pada tahun ini. Program dan aturcara yang akan diadakan adalah seperti berikut:


  • Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
  • Tempat : Jalan Impian Makmur (Hujung Jalan Impian Makmur 4/3)
  • Aturcara :
    • 7.15 PM - Berkumpul
    • 7.30 PM - Solat Maghrib berjemaah
    • 7.45 PM - Ceramah
    • 8.45 PM - Solat Isya' berjemaah
    • 9.00 PM - Jamuan makan
    • 9.30 PM - Persembahan Nasyid
    • 10.00 PM - Bersurai
** Gotong royong memasak bagi kalangan wanita akan diadakan pada jam 3.00 PM

Tuan/puan sekeluarga dengan ini dijemput sama hadir ke majlis tersebut. Anak-anak tuan/puan turut dipelawa untuk menyertai persembahan nasyid. 

Sumbangan adalah digalakkan. Sila hubungi AJK Penganjur (Pengarah projek: En. Mohd Shafik 013-6453396 / Timb. Pengarah Projek: En. Hiysam 012-6709502)

Cadangan Rekabentuk dan Dana Pembinaan Surau Ar-Raudhah

Untuk makluman tuan/puan, permohonan bagi pewartaan tapak tanah dan permohonan pembinaan surau Ar-Raudhah telah mendapat jawapan yang positif dari pihak tertentu. Kutipan dana telah mula dilaksanakan dengan giat. Pihak persatuan dan AJK penaja Surau juga telah menerima beberapa kertas cadangan rekabentuk surau daripada penduduk.

Sehubungan itu, sebarang sumbangan dan cadangan masih dibuka. Perbincangan mengenai pemilihan rekabentuk yang sesuai akan dibincangkan dalam mesyuarat agung persatuan akan datang.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Shafik atau En. Hisyam

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul
Kepada semua warga Impian Makmur