Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Wednesday, September 23, 2015

Ibadah Qurban Surau Ar-Raudhah

Tarikh: Khamis, 24 September 2015

Aturcara Program

08:30AM - Solat Sunat Aidil Adha
09:00AM - Sarapan pagi
09:20AM - Gotong-royong sembelihan & memasak
12:30PM - Agihan daging qurban
01:09PM - Solat zohor
01:30PM - Makan tengahari & gotong-royong membersihkan kawasan sembelihan & surau

* Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa
* Kehadiran YGBHG Dato'/Datin/Tuan & Puan amat dialu-alukan.

Friday, July 24, 2015

Ganjaran Puasa Setahun



Maksudnya : Diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansari r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : " Sesiapa yang telah menyempurnakan puasa Ramadan, kemudian mengikutinya dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, nescaya ia mendapat ganjaran puasa sepanjang tahun. "

(Hadith Riwayat Muslim)

Keterangan :

1. Kurang lebih seminggu sudah Ramadan meninggalkan kita. Maka adakah amal soleh yang kita bawa daripada Madrasah Ramadan itu dapat diteruskan dan berkekalan sepanjang hidup?

2. Justeru sebagai peringatan bersama, mari kita muhasabah perkara-perkara berikut :

i) Peliharalah Solat Fardu lima waktu secara berjamaah di masjid atau surau.
ii) Peliharalah Solat Sunat Rawatib.
iii) Peliharalah Solat Sunat Witir.
iv) Peliharalah Zikir Pagi dan Petang.
v) Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendirikan qiyamullail.
vi) Perbanyakkan sedekah dan perasaan belas ihsan kepada yang memerlukan.
vii) Jangan lupa untuk melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal kerana ganjarannya amat besar.

3. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita untuk istiqamah di atas jalan ketaatan kepada-Nya di sepanjang hayat.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.