Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Monday, April 27, 2015

Berkongsi Kesenangan



Maksudnya : Daripada Hakim bin Hizam ra, Nabi SAW bersabda :
" Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang meminta. "

(Hadith Riwayat Muslim)

Keterangan :

1. Islam sangat menganjurkan orang-orang yang mempunyai harta agar membantu orang-orang fakir miskin, dan juga menuntun fakir miskin supaya berusaha keras pula untuk melepaskan diri dari kemiskinan.

2. Namun, Islam tidaklah menegakkan kehidupan penganutnya di atas pemberian sedekah. Seluruh sistem Islam adalah ditegakkan pertamanya atas dasar usaha untuk membina kehidupan dengan petunjuk-petunjuk yang telah digariskan oleh Islam.

3. Sedekah merupakan salah satu pemberian sukarela yang tidak terbatas kepada sesiapa yang berkemampuan sahaja untuk melaksanakannya, bahkan sangat dituntut kepada semua umat, dengan memelihara adab-adabnya.

4. Prinsip yang diasuh oleh Islam dalam jiwa para penganutnya, salah satunya adalah sentiasa bersifat bantu-membantu antara satu sama lain dan berkongsi kesenangan. Mudah-mudahan beroleh berkat.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment