Maksudnya : " Orang-orang yang
membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara
sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak
ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka,
serta mereka pula tidak akan berdukacita. "
(Surah Al-Baqarah : ayat 274)
1. Tanda Ketaqwaan - Sedekah adalah tanda dan ciri ketaqwaan seorang muslim.
Allah berfirman : "Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa; (iaitu) mereka yang beriman kepada perkara
ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka."
(Surah
Al-Baqarah : 2-3)
2. Sedekah Penghapus Kesalahan -
Setiap anak cucu adam tidak lepas dari kesalahan, namun Allah yang Maha Pemurah
telah memberikan suatu sebab yang dengannya boleh menghapuskan kesalahan
hamba-Nya iaitu dengan bersedekah. Rasulullah S.A.W bersabda : "Sedekah itu memadamkan
(menghapuskan) kesalahan sebagaimana air memadamkan api". (Hadith
Riwayat Ahmad)
3.
Sedekah Pemadam Panas Di Alam Kubur - Tentunya seorang Mukmin apabila meninggal dunia maka dia
mendambakan kuburnya adalah termasuk daripada taman-taman syurga dan jauh dari
panas api neraka. Rasulullah sangat sayang kepada umatnya dan telah memberikan
tuntunan yang dapat menyelamatkan kita di Alam Kubur nanti iaitu dengan
bersedekah. "Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panasnya kubur bagi
pemilik sedekah." (Hadith Riwayat At-Tabrani)
Wallahu
Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).
Semoga hari ini lebih indah.