Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Tuesday, May 12, 2015

Hidayah Milik Allah



 
Maksudnya : " Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). "

(Surah Al-Israa' : ayat 15)

Keterangan :

1. Ayat di atas menerangkan bahawa petunjuk atau hidayah yang dikurniakan oleh Allah adalah untuk orang yang telah dipilih-Nya sahaja. Walau pun kita sentiasa berharap agar ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai diberikan hidayah oleh-Nya, namun ia tetap di bawah kekuasaan Allah SWT.

2. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa agar dikurniakan hidayah oleh Allah. Begitu juga dengan perkara dosa, ia akan dipikul oleh orang yang melakukannya dan kita tidak akan memikul dosa orang lain, kecuali jika kita mempunyai ‘saham’ dalam melakukan dosa tersebut.

3. Bagi mereka yang telah mendapat hidayah, berusahalah untuk terus istiqamah (berterusan) di jalan-Nya, peliharalah ia sebaiknya, agar kekal hingga ke hujung usia. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan tidak menzalimi hamba-Nya atas perkara yang tidak diketahui mereka.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment