Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Monday, May 18, 2015

Jangan Bersedih Jika Kebaikan Tidak Dihargai




Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) : " Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran Al-Quran ini, dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngada. "

(Surah Sad : ayat 86)

Keterangan :

1. Ayat di atas mengingatkan kita agar tidak mengharapkan balasan dan penghargaan manusia semata-mata dalam melakukan kebaikan di muka bumi ini. Jadikanlah amal perbuatan kita itu ikhlas hanya kerana Allah semata-mata dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain.

2. Jangan bersedih atau gelisah apabila kebaikan yang kita curahkan kepada orang lain dibalas dengan celaan. Bahkan tatkala kebaikan yang dihulurkan, dibalas dengan tamparan yang menyakitkan. Kerana itu, apa yang seharusnya kita harapkan hanyalah balasan pahala dari Allah.

3. Maka berbuat baiklah hanya untuk Yang Maha Esa, walau ketika bersendirian, bukan kerana suruhan daripada manusia lain. Kerana Dialah yang akan memberi pahala, memberi kurnia, menjatuhkan hukuman, menghisab setiap amalan, meredhai setiap kehidupan dan juga yang memurkai hamba-Nya. Dialah Allah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment