Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Monday, May 25, 2015

Keutamaan Bersedekah


Maksudnya : " Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita. "

(Surah Al-Baqarah : ayat 274)

Keterangan :

1. Tanda Ketaqwaan - Sedekah adalah tanda dan ciri ketaqwaan seorang muslim. Allah berfirman : "Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa; (iaitu) mereka yang beriman kepada perkara ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka."
(Surah Al-Baqarah : 2-3)

2. Sedekah Penghapus Kesalahan - Setiap anak cucu adam tidak lepas dari kesalahan, namun Allah yang Maha Pemurah telah memberikan suatu sebab yang dengannya boleh menghapuskan kesalahan hamba-Nya iaitu dengan bersedekah. Rasulullah S.A.W bersabda : "Sedekah itu memadamkan (menghapuskan) kesalahan sebagaimana air memadamkan api". (Hadith Riwayat Ahmad)

3. Sedekah Pemadam Panas Di Alam Kubur - Tentunya seorang Mukmin apabila meninggal dunia maka dia mendambakan kuburnya adalah termasuk daripada taman-taman syurga dan jauh dari panas api neraka. Rasulullah sangat sayang kepada umatnya dan telah memberikan tuntunan yang dapat menyelamatkan kita di Alam Kubur nanti iaitu dengan bersedekah. "Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panasnya kubur bagi pemilik sedekah." (Hadith Riwayat At-Tabrani)

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment