Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Monday, May 4, 2015

Orang Bakhil Yang Sebenar



Maksudnya : Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a., daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: " Orang yang bakhil adalah orang (yang mendengar) namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku. "

(Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Keterangan :

1. Menurut kitab Tuhfah al-Ahwazi, karya Syeikh Muhammad Abdurrahman bin Abdurrahim Al-Mubarakfuri, orang berkenaan disifatkan sebagai bakhil (kedekut) kerana menghalang diri sendiri daripada berselawat kepada Allah SWT untuknya jika ia berselawat sekali.

2. Sebahagian ulama mengatakan wajib sekali selawat apabila setiap kali disebut nama Nabi Muhammad SAW. Menurut pandangan yang lain, wajib sekali selawat dalam satu majlis yang disebut nama Baginda. Manakala ketika disebut nama Baginda pada setiap kali yang lain dalam majlis itu maka hukumnya adalah sunat.

3. Justeru marilah sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad , terutama pada hari Jumaat Sayyidul Ayyam (penghulu segala hari), moga-moga beroleh rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment