Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Monday, May 11, 2015

Tidak Halal Memutuskan Hubungan



 
Maksudnya : Dari Abi Ayyub r.a. katanya : Telah bersabda Rssulullah SAW :
" Tidak halal bagi seorang muslim tidak bertegur sapa kepada saudaranya, lebih dari tiga hari. "

(Hadith Riwayat Bukhari)

Keterangan :

1. Hadis ini merupakan pesanan dan nasihat paling berguna untuk kita di akhir zaman ini. Manusia hari ini sering terjebak dengan gejala permusuhan (memutuskan hubungan) sesama sendiri, bukan sekadar untuk tempoh 3 hari seperti yang telah disabdakan oleh Baginda Nabi SAW, malah berlanjutan hinggalah sampai kepada tahap seusia hidupnya.

2. Sikap ini sangat memberi kemudaratan kepada kita selaku orang Islam, kerana ianya boleh melemahkan perpaduan umat Islam, bahkan lebih teruk lagi memberi kekuatan pula terhadap musuh Islam.

3. Orang yang bersikap memutuskan hubungan, hidupnya tidak akan tenang, rezekinya akan sempit, keberkatan untuknya akan tersekat, dan ia sentiasa akan hidup dalam keresahan dan kesedihan. Akibatnya, sebahagian daripada pemikirannya sibuk tertumpu kepada musuh atau saingannya. Sedangkan hidup ini terlalu singkat untuk digunakan pada meraih kebaikan, namun sebahagiannya telah dibuang kerana permusuhan yang sia-sia.

4. Alangkah sejahteranya hati andai semuanya berusaha menutup jalan permusuhan, lalu membuka jalan saling bermaafan diantara satu sama lain tikamana berlaku pertikaian, kerana pilihan itu ditangan kita, memaafkan dengan berlapang dada atau sebaliknya.

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment