Maksudnya : " Wahai orang-orang
yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. "
(Surah Al-Baqarah : ayat 183)
Keterangan :
1. Amalan berpuasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib kita
tunaikan, dan ianya adalah amalan orang-orang yang terdahulu sebelum kita.
Bersyukurlah masih diberi peluang oleh Allah untuk berada di bulan Ramadan yang
barakah pada kali ini.
2. Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang digandakan
khusus untuk umat Islam di bulan Ramadan. Rebutlah peluang dan kesempatan yang
ada ini untuk beramal ibadah sebaik mungkin, moga-moga beroleh taqwa.
3. Mulakanlah dengan azam dan semangat yang tinggi
dalam memanfaatkan Ramadan seluruhnya pada kali ini, serta berusaha memperbaiki
diri dari segala sudut. Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita.
Ramadan Kareem, Allahu Akram !
Wallahu
Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).
Semoga hari ini lebih indah.