Maksudnya : Diriwayatkan daripada
Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., daripada Nabi SAW, baginda
bersabda : " Tidak
menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang
jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan
sebahagian dosa-dosanya. "
(Hadith Riwayat Muslim)
Keterangan :
1. Melalui hadith di atas, dapat kita fahami bahawa
Allah amat menyayangi dan mengasihi hamba-Nya sehinggakan setiap kesusahan atau
kesakitan yang Dia turunkan dapat menghapuskan dosa-dosa.
2. Justeru sebagai hamba yang beriman dengan qada' dan
qadar, tidak sewajarnya kita mengeluh dan memberontak walau sekuat manapun
ujian dan kesakitan yang kita hadapi. Kerana ketahuilah saudaraku, Allah itu
Maha Adil dan Maha Mengetahui.
3. Didiklah hati agar bersifat sabar dan sentiasa
positif dalam melihat pelbagai perkara serta tidak terlalu mengikut emosi
sehingga terzahir rasa tidak puas hati atau kata-kata kesat, seolah-olah tidak
redha dengan ketentuan Allah.
Wallahu
a`lam (Allah Lebih Mengetahui).
No comments:
Post a Comment