Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Thursday, June 18, 2015

Marhaban ya Ramadhan



Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. "

(Surah Al-Baqarah : ayat 183)

Keterangan :

1. Amalan berpuasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib kita tunaikan, dan ianya adalah amalan orang-orang yang terdahulu sebelum kita. Bersyukurlah masih diberi peluang oleh Allah untuk berada di bulan Ramadan yang barakah pada kali ini.

2. Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang digandakan khusus untuk umat Islam di bulan Ramadan. Rebutlah peluang dan kesempatan yang ada ini untuk beramal ibadah sebaik mungkin, moga-moga beroleh taqwa.

3. Mulakanlah dengan azam dan semangat yang tinggi dalam memanfaatkan Ramadan seluruhnya pada kali ini, serta berusaha memperbaiki diri dari segala sudut. Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan kita. Ramadan Kareem, Allahu Akram !

Wallahu Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).

Semoga hari ini lebih indah.

No comments:

Post a Comment