Maksudnya : Katakanlah (wahai
Muhammad) : " Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu,
diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Oleh itu,
sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia
mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam
ibadatnya kepada Tuhannya. "
(Surah Al-Kahfi : ayat 110)
Keterangan :
1. Menerusi ayat di atas, dapat kita fahami bahawa
segala kebaikan dan
amalan yang kita lakukan biarlah secara tersembunyi. Usah kita bersedih dengan
pandangan dan anggapan manusia yang perlbagai terhadap kita.
2. Bukankah
apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah? Sekiranya manusia menghina dan
memuliakan kita sekalipun kita tetap melakukan kebaikan kerana Allah. Janganlah
apabila di hadapan orang sahaja kita tunjukkan kebaikan, namun tika
bersendirian, berbuat maksiat seolah-olah Allah tidak melihat perlakuan kita.
3. Usah
khuatir dengan janji Allah pada hamba-Nya. Jauhkan sifat berdendam dalam hati,
sentiasalah berlapang dada dan memberi kemaafan kepada orang lain kerana itu
akan membuatkan hati berasa tenang. Bukankah diri kita sendiri juga terkadang
ada silap dan salah pada orang lain? Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
4. Buanglah
sifat kesombongan atau ego dalam diri kerana sesungguhnya hati yang keras, jauh
dari Allah. Lakukan segala amalan kerana mengharapkan redha Allah. Itu yang
lebih utama dari segalanya.
Wallahu
Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).
No comments:
Post a Comment