Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi pada 7 Jun 2015

Sunday, June 7, 2015

Surau Ar-Raudhah mula beroperasi hari ini

Assalamualaikum

Tepat jam 1.15 PM pada hari Ahad, 7 Jun 2015. Berkumandanglah azan yang pertama di surau Ar-Raudhah. Azan dilaungkan oleh saudara Imam Muda Najdi manakala solat Zohor diimamkan oleh Ustaz Wan Mohd Noh.

Di awal pagi tersebut pihak pengurusan penaja telah mengadakan aktiviti gotong-royong perpindahan dari surau sementara ke surau Ar-Raudhah. Kerja-kerja pemindahan berjalan lancar dan selesai sebaik sahaja tiba waktu Zohor.



Selesai menunaikan fardhu Zohor berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat. Sejurus kemudian, Tuan Hj Shafik selaku pengerusi penaja surau Ar-Raudhah memberikan sepatah dua kata.




Majlis bersurai dengan laungan selawat serta bersalam-salaman di antara jemaah.

Pihak penaja surau Ar-Raudhah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa yang terlibat bagi menjayakan gotong-royong. Semoga Allah membalas jasa baik anda.

Jazakallah

No comments:

Post a Comment