Maksudnya : Dari 'Aisyah r.a.,
katanya : " Bila masuk sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan), Rasulullah
SAW mengencangkan kainnya (menjauhkan diri dari menggauli isterinya),
menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya. "
(Hadith Riwayat Bukhari)
Keterangan :
1. Menerusi hadith di atas, Rasulullah SAW menggambarkan kepada
kita tentang perlunya meningkatkan usaha dalam beribadah di sepuluh malam yang
terakhir bulan Ramadan. Bukan sahaja untuk diri sendiri, bahkan mengajak ahli
keluarga yang lain untuk turut serta bangun malam dan bermunajat kepada Allah.
2.
Melakukan ibadat kepada Allah memerlukan kepada konsentrasi dan kesungguhan
bukannya dilakukan dengan sambil lewa sahaja. Gunakanlah masa yang berbaki ini
dengan amal ibadah, baik tadarrus, beriktikaf, qiamullail, terawih dan
lain-lain. Usah biarkan masa itu terbazir tanpa ada amalan bermanfaat yang
menjadi bekalan kita di hari akhirat.
3.
Barangsiapa yang benar-benar mengambil kesempatan untuk memaksimumkan amal
ibadah kepada Allah SWT, maka beruntunglah dia dan keistimewaan Lailatul Qadar
akan tersedia untuknya. Semoga kita juga terpilih bersama mereka yang menjadi
pilihan Allah dikurniakan Lailatul Qadar.
Wallahu
Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).
Semoga hari ini lebih indah.
No comments:
Post a Comment