Maksudnya : Dari 'Aisyah r.a.,
katanya : Saya pernah bertanya : " Ya Rasulullah, bagaimana kiranya saya
mengetahui akan malam Lailatul Qadar itu dengan tepat, apa yang saya akan
doakan pada saat itu? " Baginda menjawab : " Berdoalah dengan doa
yang berikut;
'Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau Maha
Pengampun lagi Maha Mulia, Yang Mencintai Pengampunan, maka ampunilah aku'.
"
(Hadith Riwayat At-Tirmizi)
Keterangan :
1. Dalam hadith di atas, Rasulullah SAW mengajarkan
kepada kita satu doa yang sewajarnya diamalkan oleh setiap Muslim di setiap
waktu, terutamanya dalam bulan Ramadan.
2. Inilah antara matlamat yang hendak dicapai menerusi
ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan, iaitu mendapatkan keampunan Allah selain
mengejar taqwa yang kita sedia maklum dinyatakan di dalam Al-Quran.
3. Justeru marilah melazimi doa yang Nabi SAW ajarkan
kepada kita ini, bukan setakat hanya mengaminkan doa imam dan bilal sewaktu
Solat Terawih, bahkan pada setiap waktu dan keadaan, seperti ketika memandu
kenderaan, ketika menanti waktu solat, sesudah solat, sementara menunggu waktu
berbuka dan sebagainya.
4. Dengan baki beberapa hari di fasa ketiga ini,
teruskan pencarian Lailatul Qadr. Semoga Allah rezekikan kita untuk bertemu
dengan malam itu dan semoga Allah mengampuni segala dosa kita. Amin Ya Robb.
Wallahu
Ta`ala A`lam (Allah Lebih Mengetahui).
Semoga hari ini lebih indah.
No comments:
Post a Comment