Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, wa lillah hil hamd
Pada Jumaat, 1 Syawal 1436 Hijrah bersamaan 17 Julai 2015, Surau Ar-Raudhah buat julung kalinya mengadakan solat sunat Eidul Fitri yang diketuai oleh Saudara Wan Najran (Saujana). Majlis dimulakan dengan laungan takbir beramai-ramai. Kemudian disusuli dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Impian Makmur (PPIM) sebelum memulakan solat sunat eidul fitri.
Setelah selesai solat, khutbah dibacakan bertajuk "Tautan Kasih, Pelengkap Eidul Fitri". Acara penutup disudahi dengan bersalam-salaman serta bergambar beramai-ramai.
Pihak surau ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jemaah, serta yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Jazakallahu khair.
No comments:
Post a Comment